CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, August 17, 2011

Tahukah anda????????????

assalamualaikum semua.

di sini ingin sy berkongsi cerita sedekit, bahawa tahukah anda Taman Berlian *taman aku lah* pernah terjadi dua kejadian kes polis. fuh, aku pon rasa hebat n betul2 juvana tempat aku tinggal taw.. 1st case pasal da org india kena kerat tangan. menurut bapak aku, si polan india ni masa zaman muda2 dulu agak taiko sehingga di buang negeri taw.. so mayb terlalu ramai musuh, so da balance musuh2 yg kt area kulim  ni pon dtg la serang dia. sampai terpotong tangan dia taw.. aku n adik2 pernah la lalu kat kawasan rumah dia dulu. saja nk usha2 kan.. <--- nmpk sgt bz body u!! haha...

2nd case pulak pasal baru ni, minggu lepas, masa aku kuar ngn yati,dia da cita kata kat taman aku da kes serbu dadah. aku punya la tak baca paper kan. al maklum la tak baca paper. haha.. aku pon intebiu la yati. dia ckp polis dah lama perati pergerakan depa taw.. mmg hebat org jahat ni, seluduh dadap pya la banyak, berjuta2 pulak tu harga dia..kayo weehh.. semua penjahat tu pakai Mercedez taw.. so lepas yati cerita tu, aku stat la mengoogle..mmg betol weh.. begini ceritanya:

SINDIKET DADAH TERBESAR DI UTARA TUMPAS

ALOR SETAR – Polis Malaysia dengan kerjasama polis Thailand berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah terbesar di kawasan utara tanah air dengan penahanan 10 orang termasuk dua remaja lelaki dan merampas dadah bernilai kira-kira RM6.5 juta, dua hari lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata kejayaan itu dicapai hasil kerja keras, intipan dan kerjasama dengan Biro Pembanterasan Narkotik Polis (PNSB) Thailand.
Katanya susulan penahanan kesemua suspek itu, polis merampas 88 ketul heroin nombor empat bernilai RM3.08 juta, 16.1 kilogram syabu bernilai RM3.22 juta, satu kilogram heroin bernilai RM26,400, 30 kilogram ganja bernilai RM60,000 dan 1,999 pil WY bernilai RM59,970, di empat lokasi.
Beliau berkata mereka yang ditahan terdiri empat lelaki, dua perempuan, dua remaja lelaki termasuk seorang masih bersekolah dan dua wanita warga Indonesia berumur antara 14 hingga 46 tahun.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada orang awam kerana memberikan maklumat kegiatan sindiket ini sehingga semua mereka ditangkap dalam masa sejam sahaja,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini, hari ini, memetik Bernama.
Menurutnya anggota sindiket ini yang dikesan beroperasi sejak 10 bulan lepas menyeludup masuk dadah dari negara jiran melalui Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Bukit Kayu Hitam dengan menyorokannya dalam bahagian penyandar tempat duduk belakang kenderaan yang diubah suai.
Katanya enam buah kereta Mercedes Benz dan sebuah Perodua Kenari yang digunakan anggota sindiket itu serta wang tunai berjumlah RM46,076 dirampas daripada mereka semasa diberkas.
“Wang tunai sebanyak RM106,000 dari simpanan kumpulan ini juga dirampas. Siasatan turut menjurus kepada pelucutan harta yang diperolehi hasil kegiatan dadah,” kata Noor Rashid.
Beliau berkata kejayaan itu hasil operasi serentak JSJN dan PNSB di Thailand. Sekatan jalan raya dibuat di Km1.3, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran ICQ Bukit Kayu Hitam dan tol Sungai Petani Selatan serta serbuan ke atas dua buah rumah di Kulim.
Kereta Mercedes Benz pertama dinaiki sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki mereka yang masih kanak-kanak, ditahan dalam sekatan jalan raya itu pada kira-kira 8.30 pagi yang mana polis menjumpai 16 bungkusan dadah jenis syabu daripada kereta mereka, katanya dan menurutnya kanak-kanak itu kemudiannya dibebaskan.
Menurutnya polis menjumpai 1,999 pil WY dan seketul heroin selepas menahan seorang lelaki yang memandu sebuah Mercedes Benz di sekatan tol Sungai Petani Selatan kira-kira setengah jam kemudian dan disusuli pemeriksaan di dua buah rumah di Taman Berlian dan di Sungai Kob, Kulim kira-kira pukul 9.30 pagi.
Noor Rashid berkata di dalam kereta Mercedes Benz di rumah di Taman Berlian itu, polis menemui 26 ketul heroin, 31 ketul ganja, 534 gram heroin dan 203 gram syabu dan menahan enam orang iaitu sepasang suami isteri dan dua anak remaja lelaki mereka dan dua wanita Indonesia.
Katanya seorang lagi lelaki ditangkap di sebuah rumah di Sungai Kob bersama kereta Mercedes yang di dalamnya terdapat 61 ketul heroin, 375 gram ganja, 445 gram heroin manakala di dalam rumah mereka pula ditemui 12 gram lagi ganja.
Dua buah lagi Mercedes dan sebuah Perodua Kenari turut ditahan di rumah berkenaan, kata Noor Rashid.

Katanya mereka ditahan reman selama seminggu mulai semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

ye kawan2, mmg terbukti bahawa mmg org kulim ni jht2 kot.. byk lagi la aku dgr cerita pasal kes2 jenayah ni.. tmbh2 kat area lunas, sungai kob n yg byk2 india2 tu..jd di mana2 kita berada, bukan saja di kulim, kena berwaspada.. awas!

No comments:

Post a Comment

Greetings!

Dear friends, welcome to my page.