CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, August 26, 2011

makan makan makan

...assalamualaikum, pembuka bicara =) 

ye .. topik kali ni pasal makan. kalu sebut je nama aku ni, ramai la kawan-kawan taw, cik nad kuat makan. bagi apa je, semua aku telan. dah mcm tong sampah.. makanan orang yang tak abes pon aku tolong perabih.. senang! konon la di bulan yang mulia ini, sambil kita beribadat pada Alla SWT, sambil-sambil la menjaga pemakanan kita. namun, niat itu hanya lah indah di mulut sahaja. tapi secara praktikal, tidak di amal kan.. okay, sungguh SEDIHH!!! 

setiap kali keluaq lepak-lepak dengan kawan, mesti aku yang paling over, makan lebih-lebih. tadi, baru je lepas makan pizza. Alhamdulillah, memang kenyang tak hengat! sampai bole keluar balik kot. makan punya la banyak. dua minggu lepas, keluar jugak dengan geng-geng ni, makan lagi. makan set-set tomyam la, apa la.. 

pahtu kat tempat keja, mak cik ni pulak rajin la suruh aku try makanan tu, ini.. dia pulak style beli banyak-banyak, aku pon terbeli banyak jugak. bawak balik makan kat rumah, last-last aku yang perabih. adeehhh!! naseb badan.

hari tu keluar dengan geng-geng usm *wani dan cauziah* makan lagi. padahal wani dengan MHU dengan cauziah makan sikit.. benda-benda depa beli kat bazar pon aku belasah walaupon perot tak izinkan.. apa la nak jadi dengan cik nad? konon masa convo nak kurus kan badan la..memang bertambah lagi ada laa...

friends, tolong la!!! asek makan je.. kadang-kadang orang pon bole confius aku dengan tong taw.. sadis betol! mari kita sama-sama pasang niat nak kurangkan makan ye =) but for those yang kurus-kurus tu tak yah la asek kata diri gemok..i jeles taw.. haha 

well guys, dah nak dekat raya kan.. tak sabar nak sambut dengan meriahnya.. yang penting, aku dah kena bagi duit raya taw.. mari la beraya dirumah... YOU akan dapat SAMPUL kosong yang sangat cntik taw.. haha

Thursday, August 25, 2011

sory bos, harus menipu! :)

ha, bila cerita pasal tipu-tipu di bulan puasa ni memangla sangat tak baik kan..tapi tujuan aku tipu ni memang bertujuan baik. actually aku kena pergi usm, jadi baru ni sangat-sangat aku dah MC sebab demam, pastu aku dah minta cuti sebab nak bayar yuran master. kebetulan aku kena p usm hari ni atas sebab-sebab tertentu.. jadi aku dah rancang dengan kerani kat opis aku nak tipu sebab mai kerja lewat sikit. mula-mula  rancang kemain lagi ni, nak ckp emergency call sebab kena jadi gerento untuk sign loan. tapi menurut kak ani, company ni always nak evidence. GEGEH kan!! so aku pon bagi cadangan kononnya kereta rosak. petang 24hb tu jugak aku call umi suruh mintak resit repair kereta.. haha.. so senang!! evidence dalam gengaman..

pagi ni gerak ke usm, aku sanggup berhenti tepi jalan raya konon-konon nak call supervisor aku la kereta rosak.. baru nampak tipu beb sebab dengar bunyi kereta dok lalu. tapi, call punya call, dia tak angkat jua last sekali..demn betol. haha..jadi terpaksa call kak ani suruh cover line.. padahal memang tipu pon. u r the best la kak ani. jadi, tak salah kan kalu tipu sunat-sunat giteww.. tapi kerja still jalan kan.. sebab urusan ke usm ni tak bole di bawak main, kelak aku yang rugu besar.. bukan senang nak dapat peluang cenggini... thx USM! 


buat sahabat baik :)

assalamualaikum kepada sahabat kesayangan.

semoga ang berada dalam keadaan baik saja. semoga ang tabah menghadapi dugaan ini. Allah sayang kan umat-Nya, sebab itu dia turun kan ujian semasa di Bumi ini. Kami kawan-kawan sentiasa doakan yang terbaik untuk diri buah hati kesayangan ang. Insya Allah, aku takkan berhenti berdoa kepada diri beliau. Amin 

Friday, August 19, 2011

dengar la wahai adik-adiku

..assalamualaikum..

entry ni di tujukan kepada adik-adik ku yg maseh bersekolah, terutama adik di rumah *una dan suha* .. oh adik, jika ang baca la entry ni, tolong la sedar sikit.. bertapa susahnya nak menghadapi liku-liku hidup. belajar la selagi bole belajar.. dr zaman sekolah ni la nak pupuk semangat, dr sekolah jugak la kejayaan tercipta. kak adia mungkin dulu tak terlalu hebat, tp sedar la zaman kak adia dulu mmg murah rezeki..zaman sekarang terlalu ramai org pndai.. ampa perlu la bersaing.. org la berusaha bagai nak rak, last2 tak dapat cos yg depa tak minat..kesian.. tgok contoh kak wa, dia berusaha keras nak masuk mktab perguruan, tp last2 tak dak rezeki.. kak adia ni nakai je pon tapi hati kak adia lembut, boleh nangis.. kak adia nangis sebab kak adia tak mmpu nak bg kak wa masuk maktab.. dgn harapan semoga kak wa teros maju ke hadapan n capai2 cita2 dia..una pon kena berusaha.. kesian la umi n walid bagi duit, p tusyen, mkn lagi.. jd bermula dr sekarang berusaha la..jgn asek nk melenting bila org bg nasihat.. smpai tarik muka muncung bole sangkut baju..tak suka tawwww!!!~ =)

Thursday, August 18, 2011

ketika zaman 90-an

Gambar: sumber dr facebook *budak2 yg lahir 80-an sahaja

bila tgok je pic ni kat fb, aku tiba2 teringat masa zaman muda2 dulu..serius!! mmg best.. masa kecik2 dulu, bnda2 ni la yg aku n kawan2 wat.. contohnya,

1) bermain gasing
2) bermain kriket
3) pergi tusyen bersama2 n pergi library kulim
4) pergi ngaji Al-Quran
5) main nyanyi2, fesyen show..
6) penat bermain, kami berkelah pulak. berkelah kt rumah masing2, kdg2 rotate turn rumah sapa pulak. *makan nasi ramai2..*
7) main aci ligan, dah lari kuat2 terjtuh berdarah lutut, ngis.. gtaw kat umi, kena mrh lgi kot ats..
8) main masak2, msa tu depan taman aku depa potong bukit, jd byk ubi kat sana.. setiap ptg mesti kutip ubi, pahtu masak guna bekas masak2 smpai hncur kuali masak2 tu.. haha
9) main juta ria,dam, main ular2, n mcm2 lagi..
10) main zero point
11) main 'satu lubang tikus'
12) main tuju kasut
13) main batu seremban, congkak guna guli n bekas tau foo fa
14) main anak ptung kertas
15) makan RMT yg tak abes kt sekolah sbb cikgu panggil suruh abeskan.
16) main tiang masa kat sekolah rendah dulu.
17) guna daun2 n bunga wat ayaq untuk masak2..
18) guna daun2 plus duit jutaria wat duit masa main2 jual2 tudung n segala bagai. haha

tp yg bestnya, kesemua lagu yg aku nyanyi, contohnya "polis entry, want to jaga, polis mati pencuri jaga", aku igtkan tempat aku je nyanyi lagu ni,, tp tempat len pon da jugak nyanyi lagu yang sama..pendek kata sebelom zaman kami lg, bnda ni dah wujud, tersebar ke seluruh negara.. haha.. 

dulu masa muda2, tak kira laki ka ppuan ka, main ja..tp suddenly bila besaq, pakat malu ya amat.. dah la semakin nsem..haha..oh along, kalu la ang baca entry ni, ingin ku kata kan padamu bahawa aku suka padamu sbb nsem jeww..haha.. alangkah bestnya jd mcm dulu2 kan??..

tapi sungguh la, budak2 sekarang dah tak main mcm ni lagi..semua benda sekarang guna teknologi canggih..da laptop la, hand phone la.. semua permainan yg kita main dulu2, depa dah tak main..sekarang semua facebook, angry bird, you tube.. rugi depa tak rasa apa yg kita rasa suatu ketika dulu kan.. 



Mana mak!!!

As-Salamualaikum...wbt
Untuk tatapan dan renungan semua anak-anak dan mak-mak...semuga ianya tidak berlaku kepada kita ya...

Mana Mak...?

Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?


sumber dari: Hamba Allah.. aku terjumpa dr notes FB kawan aku..mari kita sm2 hayati...

Wednesday, August 17, 2011

marathon raya

bila sebut pasal marathon raya ni, mesti kita pakat2 dok sediakan list kan..antara list2 berkenaan adalah:

1) baju raya
2) kasut raya
3) kuih raya
4) masak2 di hari pertama hari raya
5) open house
6) duk sebok nak balik raya belah mana
7) duit raya *bagi yang telah bekerja mcm aku!! (TT.TT)
8) sebok nak apply cuti raya

untuk pengetahuan semua, hari ni 17 ramadhan kan. tak lama lg je nak raya.. time goes so fast kan? so ampa semua dah siap prepare ke list2 kat atas.. aku 2 3 bnda je yg dah setel..len belom lg..al maklum la bz keja, balik ptg, mlm dah tarawikh n lena tak hengat dunia.. so sama2 la kita setel kan list tu pelan2.. beraya la dgn penuh kesyukuran dah bukan grand2 tak hengat, kelak membazir jua nnti, kita yg rugi :)





Tahukah anda????????????

assalamualaikum semua.

di sini ingin sy berkongsi cerita sedekit, bahawa tahukah anda Taman Berlian *taman aku lah* pernah terjadi dua kejadian kes polis. fuh, aku pon rasa hebat n betul2 juvana tempat aku tinggal taw.. 1st case pasal da org india kena kerat tangan. menurut bapak aku, si polan india ni masa zaman muda2 dulu agak taiko sehingga di buang negeri taw.. so mayb terlalu ramai musuh, so da balance musuh2 yg kt area kulim  ni pon dtg la serang dia. sampai terpotong tangan dia taw.. aku n adik2 pernah la lalu kat kawasan rumah dia dulu. saja nk usha2 kan.. <--- nmpk sgt bz body u!! haha...

2nd case pulak pasal baru ni, minggu lepas, masa aku kuar ngn yati,dia da cita kata kat taman aku da kes serbu dadah. aku punya la tak baca paper kan. al maklum la tak baca paper. haha.. aku pon intebiu la yati. dia ckp polis dah lama perati pergerakan depa taw.. mmg hebat org jahat ni, seluduh dadap pya la banyak, berjuta2 pulak tu harga dia..kayo weehh.. semua penjahat tu pakai Mercedez taw.. so lepas yati cerita tu, aku stat la mengoogle..mmg betol weh.. begini ceritanya:

SINDIKET DADAH TERBESAR DI UTARA TUMPAS

ALOR SETAR – Polis Malaysia dengan kerjasama polis Thailand berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah terbesar di kawasan utara tanah air dengan penahanan 10 orang termasuk dua remaja lelaki dan merampas dadah bernilai kira-kira RM6.5 juta, dua hari lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata kejayaan itu dicapai hasil kerja keras, intipan dan kerjasama dengan Biro Pembanterasan Narkotik Polis (PNSB) Thailand.
Katanya susulan penahanan kesemua suspek itu, polis merampas 88 ketul heroin nombor empat bernilai RM3.08 juta, 16.1 kilogram syabu bernilai RM3.22 juta, satu kilogram heroin bernilai RM26,400, 30 kilogram ganja bernilai RM60,000 dan 1,999 pil WY bernilai RM59,970, di empat lokasi.
Beliau berkata mereka yang ditahan terdiri empat lelaki, dua perempuan, dua remaja lelaki termasuk seorang masih bersekolah dan dua wanita warga Indonesia berumur antara 14 hingga 46 tahun.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada orang awam kerana memberikan maklumat kegiatan sindiket ini sehingga semua mereka ditangkap dalam masa sejam sahaja,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini, hari ini, memetik Bernama.
Menurutnya anggota sindiket ini yang dikesan beroperasi sejak 10 bulan lepas menyeludup masuk dadah dari negara jiran melalui Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Bukit Kayu Hitam dengan menyorokannya dalam bahagian penyandar tempat duduk belakang kenderaan yang diubah suai.
Katanya enam buah kereta Mercedes Benz dan sebuah Perodua Kenari yang digunakan anggota sindiket itu serta wang tunai berjumlah RM46,076 dirampas daripada mereka semasa diberkas.
“Wang tunai sebanyak RM106,000 dari simpanan kumpulan ini juga dirampas. Siasatan turut menjurus kepada pelucutan harta yang diperolehi hasil kegiatan dadah,” kata Noor Rashid.
Beliau berkata kejayaan itu hasil operasi serentak JSJN dan PNSB di Thailand. Sekatan jalan raya dibuat di Km1.3, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran ICQ Bukit Kayu Hitam dan tol Sungai Petani Selatan serta serbuan ke atas dua buah rumah di Kulim.
Kereta Mercedes Benz pertama dinaiki sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki mereka yang masih kanak-kanak, ditahan dalam sekatan jalan raya itu pada kira-kira 8.30 pagi yang mana polis menjumpai 16 bungkusan dadah jenis syabu daripada kereta mereka, katanya dan menurutnya kanak-kanak itu kemudiannya dibebaskan.
Menurutnya polis menjumpai 1,999 pil WY dan seketul heroin selepas menahan seorang lelaki yang memandu sebuah Mercedes Benz di sekatan tol Sungai Petani Selatan kira-kira setengah jam kemudian dan disusuli pemeriksaan di dua buah rumah di Taman Berlian dan di Sungai Kob, Kulim kira-kira pukul 9.30 pagi.
Noor Rashid berkata di dalam kereta Mercedes Benz di rumah di Taman Berlian itu, polis menemui 26 ketul heroin, 31 ketul ganja, 534 gram heroin dan 203 gram syabu dan menahan enam orang iaitu sepasang suami isteri dan dua anak remaja lelaki mereka dan dua wanita Indonesia.
Katanya seorang lagi lelaki ditangkap di sebuah rumah di Sungai Kob bersama kereta Mercedes yang di dalamnya terdapat 61 ketul heroin, 375 gram ganja, 445 gram heroin manakala di dalam rumah mereka pula ditemui 12 gram lagi ganja.
Dua buah lagi Mercedes dan sebuah Perodua Kenari turut ditahan di rumah berkenaan, kata Noor Rashid.

Katanya mereka ditahan reman selama seminggu mulai semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

ye kawan2, mmg terbukti bahawa mmg org kulim ni jht2 kot.. byk lagi la aku dgr cerita pasal kes2 jenayah ni.. tmbh2 kat area lunas, sungai kob n yg byk2 india2 tu..jd di mana2 kita berada, bukan saja di kulim, kena berwaspada.. awas!

Monday, August 15, 2011

The best song of 2011

Bruno Mars had a Grenade,and Taio Cruz had Dynamite,so they both threw them at Katy Perry who exploded like a Firework. The bang was so loud that the Black Eyed Peas forgot The Time, while Rihanna had memory loss and ran around saying Whats My Name.Eminem looked around and said Im Not Afraid,then Willow Smith began to Wip Her Hair, which started a Far East Movement.They then crashed their G6 into a club and LMFAO finally stopped Party Rocking.Luckily for Nelly it was Just a dream

Presentation

... assalamualaikum...

just nak cerita sikit2 pasal pagi ni!! pagi Isnin di tempat kerja terCHENTA la sgt kan.. me myself volunteer to present 5S implementation for my plant. haha.. walaupon baru bertapak selama satu setengah bulan kt IOI Oleochemical, aku telah cabar diri aku untuk present depan org2 besar jgk la..so that after aku resign, they will remember me because of ------> GAGAP, CKP BI TAK BETOL ! haha . 

sekian!


Sunday, August 14, 2011

tak TAHU !!

mesti anda konfus kan.. sebenarnya aku tak tahu guna blog ni !!!!!!!!!!!!!!!!!!! grrr... someone ajar please.. terutamanya blogger tegar seperti Ogies Egois and Nurhazwani Yusoff Azudin. 

sekian, terima kasih. =)

kawan

nak kongsi cerita pasal kawan2, tapi hard disk hilang, tak syok story without picca . uwaaaaa :'(

sekian untuk hari ini
mood: sedih ya amat!!!

rumah baru!!~

pada hari jumaat yg lepas, *sepatutnya bekerja* , tp aku telah amik unpay leave untuk pergi ke usm atas sebab2 tertentu.. haha.. *rahsia la konon*.. jd singgah la sebentar di rumah sewa Ara Waida , Ogies Egois, Nurhazwani Yusoff Azudin and Nura Mira Ali. <---- seperti nama di fb ye..*sila add, aweks cun okay*

sepatutnya bergerak dr rumah pukul 9 am, tp terlajak setengah jam sbb duk bz mengemas rumah..so smpai je taman pekaka depan usm tu, teros aku singgah kedai runcit berdekatan nak beli barang2 dapur untuk rumah depa. at first smpai taman pekaka, aku berlagak ya amat, nak cr sendiri.. konon nak wat suprise.. siap terserempak ngan ogy lagi tepi jln, tp ego sgt smpai aku SESAT !!!!! setiap kali nmpk lampu tanglung, no rumah 60, mesti aku berenti.. first perhentian, nmpk anjing kt depan rumah..pelik jgk, apasal nak ada anjing..haha..rupa2nya salah lorong , n sebenar2 nya, no rumah kat taman tu mmg pelik.. dia berulang2, cm yg bezakanya adalah lorong.. jd jika pergi ke sana, cr lorong yg betol ok... 

so bila dh smpai sana, seperti besa, aku dh ckp kat fan *ara waida* nak parking keta kancil umi ku kt dlm .. ternyata sudah di tunaikan..haha :D then aku pon menuju ke dlm rumah itu..mak ai.. kawan2, cantik..almost well-furnished taw.. yg si penghuni2 rumah ni pon bgus, beli brg2 semua lengkap..mmg tabik spring la depa..haha.. actually rumah ni rumah cina, tp dh penah di sewakan kt org arab, melayu n segala bagai..bersih, cntik walaupon dlm kecik..dapur dia pon cntik..semua serba serbi lengkap la..tak sabar aku nak masuk rumah tu taw.. =) boleh masak2, gosip2 dlm master room yg da aircon, *ala2 hotel gitewww*.. heeee..

















Wednesday, August 10, 2011

Kerja

Assalamualaikum ,

hai,

pagi ni dah alang2 bgun sahur, aku decide taknak tidoqq n terasa nak menaip jeww taw.. 
hurrmm, aku just nak story pasal keja aku sikit..tak penah aku story kan..so at least bila aku dh resign nnti, tgok balik blog ni, bole la aku mengimbau kenangan lalu kan.. =)

sekarang aku bekerja dia kilang kimia so called IOI Oleochemical dekat prai. kalu ampa lalu hiway nak ke penang bridge, ampa akan nmpk 1 kilang besar tepi hiway tu..n tu la IOI.. kilang yg besaqq taw..dia pon byk IOI Group yg lain..da IOI Mall kat puchong, n segala bagai lg la..

mmg company ni besaqq, tapi mai bab gaji..hurm, toksah habaq la..kerja dulu, baru taw cena kan.. =) so kat sana, aku pegang position Plant Engineer. so plant ni mcm org kata site la.. cm plant ni consist of few unit operations such as condenser, boiler, splitter, drier, evaporate n much more. so biasanya duty aku check plant tu n let say if got any breakdown, aku kena inform technician la..other that that, aku kena monitor plant tu using DCS (distributing control system). maksudnya segala start up and shut down bole guna secara auto n suka hatinya by using this system taw..

tp semua ni kdg2 technician je wat..aku heran jgk kenapa depa nak hire engineer lg..padahal technician yg lama2 semua dah da  pengalaman n knowledge sendiri.. tak perlu nak da engineer pon depa leh survive taw.. 

memandangkan cmpany tu based on oil company, mmg tok sah duk habaq la penoh laki ni..masa 1st aku dtg bagai nak pengsan.. n HR pon da gtaw, bila kt plant, jaga diri.. kat sana ramai laki..but dont wory, depa semua dah kawen..padahal yg kawen tu la yg plg berhantu taw..so kat sana aku bahagian production, so aku ni sorg je female engineer Melayu kat sana taw.. n lg sorg waste water engineer tp laki.. yg sebelah ACM2, ada jugak engineer melayu 3 4 org, tp semua laki.. bak kata Lee KC, supervisor aku, "u r like an angel here".. haha. sbb aku je ppuan yg di terima bekerja kat sana..rezeki aku kan.. alhamdulillah.

so far dah dua bulan aku keja, tak de papa lg la berlaku..cm ada mamat (suami org) ajak kuar mkn, then aku pon mcm besa la accept dgn niat p mkn n balik smbil ajak sorg kawan untuk teman.. namun apabila mendpt tahu dr seorg makcik kerani ni, dia bising ya amat.. mcm2 la dia kata kat laki ni.. smpai laki ni mai cr aku, gtaw kata dia bukan seterok yg makcik ni sngkakan..pesan mamat tu, jd baik mcm dia takpa (baik di sini bermksud pakaian sopan, mengaji n sebagainya), tp jgn jd mulut kepocik mcm dia.. haha.. mcm2 hal..bnda tu pon dah nak gadoh kan.

so bila dah keja, mcm perangai la bole jmpa..cm aku perlu bersabar nk hadapi dugaan jeww.. aku teringin jgk nak attach few pictures during work there, but actually it is P&C rite..kang kena saman, menangis tak berlagu aku taw.. so well friends, seronok bekerja sebagai engineer ioi..tak bz taw.. mmg enjoy.. bos ada jew, semua diam..bila bos takdak, hingaq bingaq kemain lg taw.. haha...

so, thats all okeh =)


Monday, August 8, 2011

11 missed calls from P

assalamualaikum

hai

akibat di tipu oleh aku, dia telah membuat missed calls sebanyak 11 kali n 6 daripadanya masuk messages. sory dear friend. ketika itu aku sedang berada di control room and tidak tersangka message pagi tu hya niat nak melawak telah di ambil serius. so sooorryyyy !!

message itu berbyi begini,

"hai, org call tak mau angkat, tido mati ke? saya pergi dulu.. saya dah nak bertunang" 

sekian =)

Massive traffic jam!!!

There was a massive jam from Bukit Tengah to IOI Oleochemical, Prai due to the accidental on the Penang Bridge! Regarding to this matter, I reached there 22 minutes late yesterday :'( Luckily, few staffs also trapped in this massive traffic jam.










Sunday, August 7, 2011

Quote of the day

The secret of success is sincerity. once you can fake that you've got it made.-Geoge Bernard Shaw

Tayar pancit :D

assalamualaikum

hai,

pada hr yg sama jgk semasa ke Penang Road, on the way balik rumah dekat2 area BM, very near to Mee Cherok Tokun, telah terjadi kejadian yg tak di sangka kan..ketika itu, kereka kancil umi ku, PANCIT terlanggar besi2 petak kat atas jln raya tu.. kononnya pihak yg berwajib tak tutup rapat cover tu, so aku dgn main2 nya terlanggar bucu nya yg tajam sehingga tayar pecah..tyme tu pukul 11.38pm taw, =)

macam2 aku pikir time tu.padahal bulan puasa mcm nak ada apa2 kan..haha.. then aku call la walid n rumah..masa call tu tak dgr sora depa, dgr sora pelik2..aku jd takut..pakat kunci pntu kereta, tutup tgkap rapat2, takut da org mai selama beberapa minit..then baru fiza kuar check tayar...mmg sah PECAH weehhhhhhhhhhhh..mcm si**.. haha

pengalaman first time jd cenggini.. so bila dh dpt cntct ayah aku, depa pon mrh2 la..bawak tak hati2 lah pe la..padahal dh takdir..apa bole wat.. :'( so bila bukak bonet belakang, semua da, tayar spare, jet, n spanar cbt skru kat tayar tu..tp apa nak wat?? pakat gelak je la..
yg plg hampeh, tiada sapa pulak nak tolong.. bole tgok je tgh2 mlm cengitu.. bayang kan la kalu aku sorng2, tmpt sunyi, jd cm tu.. apa la nak wat.. haisshh...

after 30 minutes, abg n ayah aku dtg..mcm hero, teros depa dtg tukar tayar..selesai.. hehe.. then kawan2 aku pon pulang ke rumah dgn aman dan jayanyaa taww.. :))




Penang Road Tour

assalamualaikum.. 

hai,

actually, aku baru pulang dr tarawikh ni ha..n tiba2 rajin pulak nk update pasal smlm..so there got two cases yesterday. so the other one will share for the next post. bukan apa, satg type panjang2 bukan nak baca pon kan.. so smlm (7/8/2011) around pukul 3.45 pm, me n my friends *yati, n pija* go round penang cr bj grad si yati smbil tgok2 baju raya la kan.. kan area penang road. 

smlm senang pulak aku smpai penang road tu.. dulu penah p sekali ngn classmate, nama nya ah fan *farah wahida*. sesat byk kali smpai kena tya org taw.. kat penang road, bj cntik..ada bju kurung, jubah semua latest2 n bole di kira murah jgk la.. so kat kedai mamu ni, da bj jubah..cntik..bukan men dia promote smpai harga jth dr RM120 ke RM90.. bukan men mamu tu bg bj size XL kat aku taw..dia kata 'mamu tgok badan pon dh taw pakai size apa..' haha.. aku pon try la jubah tu tnpa segan silu, serelum masuk ngn pkai bj tu ha..besaqq taw..ngn bahu pon mengelebeh wa ckp lu.. tp mamu tu dgn baik n mulut manes nyeww ckp ' amboi, segak nyaa..silap mamu kawen awai.' hahaha..haru la mamu tu..papa pon mmg best kat penang road..ampa semua kena try jln2 kt situ taw.. =)

lepas dh jln2 situ, kami semua berbuka puasa dekat restoran thailand dekat Queens Bay..shedapppppp taw!!~




Friday, August 5, 2011

Cindian :)

hai semua, *padahal baru 1 follower..hahaharu sungguh la..

hurm,, tentu ampa semua saspen pasal cindian ni kan..saja la aku nak luah kan cerita ceritu sini..dh alang2 online, aku pon cerita on 1 shot..senang..tak pyh nak bukak blog hari2..

hurm, actually aku da kenal seorg mamat cindian (cina mix india) ni. mula2 besa la..aku ni kalu kenal org, mcm2 aku tya, dr a-z.. padan muka dia rimas ngn aku..sangkaan aku yg dia rimas tu adalah tidak benar belaka, dia lagi suka ada la..oh ya, walau pon dia cindian, tp agama dia india la..sebab ikut sebelah bapak nyewww :))

aku pon excited la nak kawan ngn dia, sbbnya dia paskau..ampa taw tak paskau tu apa? paskau tu sma mcm komando tp bg perkhidmatan Airforce. jd macam2 la aku tya dia..dr training n segala bagai.. sebab aku pon pnh alami mcm dia, cm aku pya latiham 0.01% dari latihan dia..

lepas dh kenal2 ngn dia, dia kata nk jd kan aku ni gf dia..oh ya kawan2, dia ni berminat ngn Islam taw, cm tggu masa je nak masuk, kena hati dia betol2 ikhlas n tebuka..dia ni, mmg pndai ckp tak hengat!!! cerita pasal nabi pon dia taw..muka dia ni lebih kepada melayu sikit..dia pulak byk kawan melayu..kdg2 ikut p tahlil , smyg jumaat , posa la..last2 mesti dia kena tegor sbb kenapa tak join semua2 tu..jenoh nak explen kt semua yg dia bukan Islam..kesian kan..

so, bole di katakan hr2 ni cntct tak hengat..selalu jarang sms, dia selalu call..konon la jnji nak setia mencintai aku..euuww..geli taw!!! haha..tp apa pon ayat lelaki, kita harus berwaspada kawan2..mereka2 ini pndai bermain ayat.. hehe.. jd aku ni pulak tgh solo, jd suka la pulak..sbb dia cindian..baik, lawak pulak tu.. tp aku taw, aku kena berwaspada kawan2..main ngn org india ni..mampoih la..depa pndai putaqq belit alam tak hengat!!! haha

rasa mcm nak attach gmbrnyeww kt sini, tp mlas pulak..sbb nya kang dia lihat blog ni, naya aku..kan?? hee =)) so itu saja lah ye.. 

Ramadhan

hai , assalamualaikum..

sekarang suda 5 Ramadhan, aku baru nak update..terlmbt la update..
kepada semua yg beragama Islam, selamat menyambut Ramadhan Al - MUbarak di ucapkan..
semoga bulan yg mulia ini, kita menambahkan amalan2, membetulkan n menambahkan yg sunat, tp jgn lupa lakukan yg wajib ye :D

so this year is my first day beraya sebagai wanita yg bekerja, jd baju raya kena beli sendiri.. bila dh simpan duit tu, bj raya yg rm59.00 pon dh mahal taw..padahal kalu guna duit mak, lgsung tak rasa mahalnya kan.. :'(

so kawan2 semua dah siap ke prepare baju raya?? mesti sakan kan..tmbh2 kita ni ppuan.memanjang nak yg baru kan..

hurmmmm.. berfikir sejenak :))



Greetings!

Dear friends, welcome to my page.