CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, November 14, 2011

Langkah Bendul

hurm, kenapa nak berbicara pasal ini? kepada yang masih belum tahu, adik aku, Nadirah baru saja melangsungkan pertunangan dia pada 11/11/11 lepas. hanya a few gambar dia yang sempat aku ambil waktu majlis itu  kerana terlalu sibuk basuh pinggan mangkuk supaya tetamu dapat makan dengan aman dan jayanya!!! alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan tetamu yang datang sangat ramai dan makanan yang dihidangkan cukup-cukup untuk tetamu, memang meriah sehingga kami sekeluarga tak dapat makan. jadi, apa yang aku ingin berkongsi dengan rakan-rakan adalah adik telah mendahului kakak dalam bab-bab ini. sebagai kakak, aku tak jeles, dan itu sememangnya jodoh dia sudah sampai. tapi orang mesti akan tanya kalau adik kawen dulu, maknanya langkah bendul. so aku pon tercari-cari jugak apa konsep langkah bendul ni. dari sumber yang aku dapat, langkah bendul ni menjatuhkan martabat kakak sebab adik mendahului perkahwinan dari kakak. oh, aku tidak bersetuju dengan fakta ini. ini adalah auta kareeee! dah sampai jodoh, jadi takkan nak halang. benda yang baik harus dipercepatkan.. tak gitu rakan-rakan? jadi kalu mengikut tradisi, pihak lelaki harus meberi hadiah atau memberi set persalinan mengikut kemampuan masing-masing. ada jugak pihak yang mengatakan bagi hadiah dan segala bagai ni membebankan pihak lelaki. namun, tunang adik aku ni mampu dalam segala hal, jadi tak salah kalau aku minta hadiah dari dia mengikut kehendak aku kan. tapi yang malangnya, semasa majlis berjalan, takdak sapa pula yang menyuarakan pasal langkah bendul. sepatutnya, wakil perempuan, ayah aku, yang kena cakap Nadirah ada seorang kakak. tapi selepas majlis tamat baru la ayah aku bagitau dekat salah seorang wakil pihak lelaki. yang paling sedih tu, ayah aku boleh cakap kalu tak wajib bagi hadiah, tak payah bagi pon takpa. sedangkan keluarga sana memang tersangat mampu, malah boleh beli satu kereta second hand kat aku kot!!!! Grrrrr.. aku tak mintak kereta, tapi hanya mampu meminta IPAD. haha.. tu sahaja. jadi kepada kakak-kakak yang ada adik nak kawen awal dari ampa, cepat-cepat gtaw wakil yang datang semasa majlis pertunangan berlangsung. jangan malu, cakap je. kita ada hak! berazam untuk tunggu adik kedua kawen. haha. pada ketika tu, bila la aku nak kawen kan.. hisshhh...

mari tengok photo dari handphone aku yang murah ni.

pelamin yang cantik. aku rasa berbaloi jugak, sewa RM250. cantik and kemas.


ni sewaktu sarung cincin. mesra aku tengok mak mentua dengan adik aku.



ni gambar mak mentua bersama adik aku. cantikkan dia :) ramai sedara-mara sebelah sana dari nenek sampai ke cucu bergambar bersama adik aku taw.. menantu kesayangan.




p/s: harapan aku agar dihadiahakan IPAD jewww . haha

5 comments:

  1. nadirah nmpak simple tapi still cantek.. hehe..
    tahniah nap, bakal dapat adik ipar & ipad ipar.. hik3.. ^_^

    ReplyDelete
  2. haha... ogy!!!!!!!!!!!!! tah la..hanya tinggal kenangannnn

    ReplyDelete
  3. hahahaha xpe lol
    nanti sampai la tu jodoh mike.. sabor ye nab..eh nad laaaa :p

    ReplyDelete
  4. tgok, ni nama samaran baru lagi kan... :)

    ReplyDelete
  5. Ada perbincangan berkaitan dengan Langkah Bendul dalam Semanis Kurma
    Semoga Bermanfaat

    ReplyDelete

Greetings!

Dear friends, welcome to my page.