CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, November 28, 2011

bercuti yang berpeluh

hurrm, mesti ampa semua ingat apa la cuti yang berpeluh ni kan. on 27th November tahun ni, aku dapat call dari ayah aku suruh balik sebab kakak ipaq aku masak sedap kat rumah. then aku decide nak bawak la kawan-kawan aku , ye la duk rumah depa tak wat papa, abes tu ajak la sekali.. depa bukan tak kenal family aku, lebih dari segalanya depa tahu! jadi kami pon bertolak dalam pukul 10 am, but aku drop depa kat perda dulu sebab aku kena mengajar sorang student chemical engineering uitm pematang pauh kat mcd. sepanjang nak ke perda tu, berpeluh- peluh ya amat. ye la, pagi sekarang tak sama macam pagi dulu-dulu, panas terik kot. berpeluh. sebab tu aku buh tajuk ni bercuti yang berpeluh. tapi takpa, hari ni dah p repair aircond and after checked, compressor rosak. bagai nak luluh jantung dengar harga. :'(

ok ok, lari tajuk dah tu.. so lepas drop depa kat betul-betul main door jusco perda, aku bergerak la ke uitm, fetch budak tu and teros mengajar. mula-mula tu rasa takut jugak nak ajaqq, takut terlupa. and alhamdulillah, ilmu masih ingat and bole la bagi few tips kat dia. so mulai dari harini, contract aku mengajar budak tu setiap hari ahad. fuhhhh!!! dasyat, setiap minggu makan mcd, mampoih la tak muat baju pengantin nanti.. opppssss!!~

so lepas mengajar, aku p shopping sat. ohh god! aku beli kasut Marie Claire yang ada sale, half price. kunun-kunun nak looking other kasut la , tapi tak leh..memang berkenan sangat ,beli teros bayar dan balik rumah kak ipaqq ku. smpai sana lebih kurang pukul 4 pm, terus we all makan. mee cina, mee celur and sup dia penuh sayur-sayur. sedap gila la sebab aku memang peminat setia sayur taw! sebab aku minat sangat, aku tibai dua pinggan ye rakan-rakan. jangan amalkan selalu howkeeyyyy! lepas tu ada la kak ipaqq jamu aiskrim, buah dan rojak.

kebetulan pulak, di rumah sebenar, umi masak nasi lemak lemuni. apa lagi, dengar-dengar je kata daun lemuni tu bagi awek muda, balik rumah tibai lagi.. sedap! memang perut cekang gila tataw nak habaq howwkeyy. after setel semua kat rumah *oopss, mak aku bg hadiah lesung batu kot untuk di gunakan di rumah sewa*, kami decide nak p tengok wayang, cerita PUSS IN BOOTS. best gila habaqq ang! lawak.. comel. n aku puji gila kot dia punya director sebab dia sangat memahami kucing, semua kucing wat dalam tu, memang serius apa kucing realiti wat taw.. ampa pakat-pakat la tengok yaww.. 

lepas abes tengok wayang, kami menuju ke uptown perda tu, jalan-jalan sebab ada kawan aku nak jumpa kat sana jap. lepak-lepak sambil minum kat kedai mamak dekat setengah jam, kami pon pulang ke villa. huiii, bersengkang mata je la sepenjang perjalanan. takut terlelap. ada pulak kat bukit tambun tu accident, lagi la cuak. fuh, penat kan perjalanan kami, dengan kereta takdak aircond. sensungguhnya memanag berlengas tataw nak habaq! 

unluckily, kamera takdak memori kad, so tak leh la berpicca. semua salah wani. haha.. hurm, yang penting, kami satu geng beli pencil box sama warna, sama pattern. so lepas ni bole panggil kami geng pencil box. heeee!!!~




marathon kenduri kawen

hai semua. belum terlambat lagi jika aku ingin mengucapkan salam maal hijrah kan.. apa azam baru semua?? hurmm, bagi aku, azam tahun ni nak jadi lebih baik dari sebelumnya dan nak habiskan pelajaran aku dulu :) hurr, sempena dengan tahun baru ini juga, aku banyak jugak dapat invitation kenduri kawen, dari kawan-kawan sekolah rendah sampai ke kawan ayah kot. susah nak pi satu-satu sebab kadang-kadang kenduri tu bertindih dengan kenduri kawen yang lain. tapi apa-apapun tahniah di ucapkan kepada semua kawan-kawan ku, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat you allsss :)

tahniah kepada pasangan siti izzaidah binti mohd zin dan pasangannya


tahniah kepada izzat afif dan fairus hashim




tahniah kepada mazshurraiezal nasir dan nur hidayah



tahniah kepada zuraini dan pasangannya



tahniah kepada atiqah hazwani walaupon baru bertunang,



semoga kalian berbahagia dan di murahkan rezeki anak-anak. haha.. hurmm,, anda bila lagi??? takkan nak biaqq reput kowtt... :)

Monday, November 21, 2011

bola

Tahniah tahniah tahniah kepada skuad Malaysia..!!!!!

akhirnya indon jatuh jua. pelbagai tomahan yang telah dilemparkan di facebook semalam. sungguh haru ye kawan-kawan. *ayat skema nak mampuihh! haha.. sampai FAKRI pon kena. ada yang suruh dia stay indon la dan macam-macam lagi la.. kesian. ada jugak yang meng'edit' bagai gambar harimau membaham burung la apa la. adoi. semangat lebih! namun aku di rumah sewa mengharapkan besok cuti ja :)

nak tau tak, aku dan kawan-kawan menonton di rumah mengunakan tv yang sangat kecil bersesuaian dengan status kami sebagai orang bujang! hehe.. walaupon bujang, kami juga turut menyumbangkan suara. kalau la Taman Pekaka tu ada hari anugerah, rumah yang paling bising mesti dimenangi oleh rumah kami. rules bola haram tak paham, jerit je lebih. naseb ada mira yang sentiasa explen kat aku . tapi hakikatnya aku tak tengok sangat. takut tak dapat terima kekelahan malaysia.. cehhh,, over gitu mcm aku pemain.

bear tu kepunyaan housemate aku, FARAH WAHIDA. even dia takdak, bear jadi peneman pon takpa.. :)


anyhow kawan-kawan, Malaysia tetap menang. jadi jangan marah-marah kat fakri lagi taw.. kita semua dah membuktikan bahawa :

_________________________((^^MALAYSA BOLEH^^))___________________________
^
^
^
^
^
jom makan eskreemmm !

Wednesday, November 16, 2011

Austria Green Lake

suka tengok gambar ni. nak bubuh jugak dalam blog mana taw dapat p sana satu hari nanti. oohh, aman damai sangat walaupon hanya tengok gambar je :)

indah betol ciptaan Tuhan kan.. gambr ni diciplak je..mana taw satu hari gambar dari kamera mahal aku sendiri kan *bila la gamaknyaaa..... haha





Tuesday, November 15, 2011

oohh ! celaruu

assalamualaikum and happy wednesday !!.

pagi-pagi lagi dah terkejut dengan gambr ini.. kawan aku punya adik editkan! sweet n suprisee! pasti lepas ni orang akan tanya macam-macam ohhh.



thx kepada Aidil Izzuan, yakni adik kepada Siti Izzaidah. I ll keep it yawww :) 


.
.
.
.

p/s: nak sambung marking kertas student yang melambak atas meja.. ohhh!! pengsannnnn

Monday, November 14, 2011

lagi gambar tunang

lagi lagi gambar tunang!!!

check dis out:

ketibaan pihak lelaki




walid dan umi sibuk melayan para tetamu




sesi petukaran hantaran daripada pihak perempuan ke pihak lelaki, baju biru tu orang kuat *kakak ipar


Family yang sentiasa bahagia, *anak dara yang semuanya gedik belaka


kami adik beradik tanpan pengantin 



ouch! dengan ayahanda tercinta


.
.
.
.
.
.



eh, ini i bukan orang yang bertunang ya. mereka sudah berkahwen seminggu sebelom majlis pertunangan. lihat inai di jari, maseh panas yawwww ! 



selamat tinggal kepada para peminat Nadirah, nampaknya anda semua sudah terlepas. pergi cara bunga di tempat lain. jangan ada yang bunuh diri pulak ye :)



p/s : kakak dia masih solo. sekian :)

Langkah Bendul

hurm, kenapa nak berbicara pasal ini? kepada yang masih belum tahu, adik aku, Nadirah baru saja melangsungkan pertunangan dia pada 11/11/11 lepas. hanya a few gambar dia yang sempat aku ambil waktu majlis itu  kerana terlalu sibuk basuh pinggan mangkuk supaya tetamu dapat makan dengan aman dan jayanya!!! alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan tetamu yang datang sangat ramai dan makanan yang dihidangkan cukup-cukup untuk tetamu, memang meriah sehingga kami sekeluarga tak dapat makan. jadi, apa yang aku ingin berkongsi dengan rakan-rakan adalah adik telah mendahului kakak dalam bab-bab ini. sebagai kakak, aku tak jeles, dan itu sememangnya jodoh dia sudah sampai. tapi orang mesti akan tanya kalau adik kawen dulu, maknanya langkah bendul. so aku pon tercari-cari jugak apa konsep langkah bendul ni. dari sumber yang aku dapat, langkah bendul ni menjatuhkan martabat kakak sebab adik mendahului perkahwinan dari kakak. oh, aku tidak bersetuju dengan fakta ini. ini adalah auta kareeee! dah sampai jodoh, jadi takkan nak halang. benda yang baik harus dipercepatkan.. tak gitu rakan-rakan? jadi kalu mengikut tradisi, pihak lelaki harus meberi hadiah atau memberi set persalinan mengikut kemampuan masing-masing. ada jugak pihak yang mengatakan bagi hadiah dan segala bagai ni membebankan pihak lelaki. namun, tunang adik aku ni mampu dalam segala hal, jadi tak salah kalau aku minta hadiah dari dia mengikut kehendak aku kan. tapi yang malangnya, semasa majlis berjalan, takdak sapa pula yang menyuarakan pasal langkah bendul. sepatutnya, wakil perempuan, ayah aku, yang kena cakap Nadirah ada seorang kakak. tapi selepas majlis tamat baru la ayah aku bagitau dekat salah seorang wakil pihak lelaki. yang paling sedih tu, ayah aku boleh cakap kalu tak wajib bagi hadiah, tak payah bagi pon takpa. sedangkan keluarga sana memang tersangat mampu, malah boleh beli satu kereta second hand kat aku kot!!!! Grrrrr.. aku tak mintak kereta, tapi hanya mampu meminta IPAD. haha.. tu sahaja. jadi kepada kakak-kakak yang ada adik nak kawen awal dari ampa, cepat-cepat gtaw wakil yang datang semasa majlis pertunangan berlangsung. jangan malu, cakap je. kita ada hak! berazam untuk tunggu adik kedua kawen. haha. pada ketika tu, bila la aku nak kawen kan.. hisshhh...

mari tengok photo dari handphone aku yang murah ni.

pelamin yang cantik. aku rasa berbaloi jugak, sewa RM250. cantik and kemas.


ni sewaktu sarung cincin. mesra aku tengok mak mentua dengan adik aku.



ni gambar mak mentua bersama adik aku. cantikkan dia :) ramai sedara-mara sebelah sana dari nenek sampai ke cucu bergambar bersama adik aku taw.. menantu kesayangan.




p/s: harapan aku agar dihadiahakan IPAD jewww . haha

Greetings!

Dear friends, welcome to my page.