CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, October 30, 2011

nama samaran

assalamualaikum semua :)

asek terpikir je nak update cerita apa. so tetiba je dapat idea yang bernas!  rasa nak bercerita pasal gelaran atau nama samaran yang menjadi sebutan pada diriku ini semenjak dari sekolah menengah sampai la sekarang.. mungkin dengan nama ni la orang kenal aku kan.. ampa semua mesti ada kan.. jom la kongsi-kongsi sikit.. 

SKSK : kharulnisa , nadiah 
**time ni aku igt lagi, masa baru kenal kawan sekolah rendah dulu semua panggil kharulnisa.. bila call rumah je, mesti ckp, "hello, bole cakap dengan kharulnisa?" mak aku pulak bertanya dengan confius, "kharulnisa yang mana ye, kat rumah ni ramai kharulnisa.. nak yang mana satu?" sampai mcm tu sekali la.. dan kawan-kawan aku ni hanya taw nama depan je, bila tanya nama belakang, satu pun tataw.. sabar je la kan.. 

Convent : nad , nadiah
** masa sekolah convent semua panggil nad je.. common nickname untuk NADIAH. 

MRSM : kurus
** time MRSM la paling best sekali . aku asek merungut kat kawan aku yang aku ni gemuk, hari-hari gemuk gemuk dan gemuk. sampai la kawan aku yang bernama HAWA cakap, "hang ni asek cakap gemuk je, aku panggil ang kurus la.. lebih dari 44 orang panggil ang kurus, mesti jadi kenyataan". selepas dia cakap macam tu, aku redha je apa akan jadi seterusnya. dan kenyataan itu termakbul jua semasa aku belajar di matrik. kurus la sikit kan lepas masuk matrik.

KMK : ke-on , nad , kughuih 
** yang kughuih tu bestie kat KMK yang bagi nama di sebabkan salah seorang kawan MRSM terpecah rahsia.. yang ke-on pulak cikgu Fizik KMK yang bagi.. kata beliau, kawannya ada jugak bernama KHARULNISA, org ramai panggil ke-on. 

USM : ni yang paling banyak gelaran depa bagi kat aku ---> nad , napiah , nap , nanap , naffi , nafff , nan , kerolnisak 
** ni aku tataw la mana dapat nama ni.. asal nampak orang gemuk ja, tembak nama aku macam ni.. adehh.. ni semua salah AYSHAH ROSLI, FARAH WAHIDA, OGY, WANI, MIRA, FIKRI SKEPA, PISAN, dan macam-macam lagi. grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr 

see, berapa banyak aku ada nama gelaran. bila depa sebut je nama-nama dalam senarai di atas, tanpa segan silu aku akan ckp, "ya, awat?"

tu je la setakat ini.. heeee!!~

Thursday, October 27, 2011

Bila sudah gatai :)

..assalamualaikum..

bosan gileerr yaww!! sementara nak tunggu bahan-bahan kimia di campur aduk, aku stalke lah page Zul Ariffin yang handsome tu.. sekali stalke page Abby Abadi yang cute tu.. hurmm, kenapa harus mereka berpisah??? *tak tahu la.. jadi bila asek tengak gambr Zul tu, asek terbayang je kalu aku dapat bf mcm tu, haih laa.. memang terjaga kemas la dia kat rumah.. and aku rasa aku akan merana sebab dia handsome sangat, ramai perempuan terkejar-kejar. hahak!!~ penah la aku menyuarakan pendapat kat housemate ku, 'macam nak hantar message je kat Zul Ariffin yang aku suka kat dia sebab handsome sangat..' haha.. adakah..??? bila mula gatai, macam ni la jadi nya.. tambahan pulak, semua perempuan single pulak dalam villa tu, jadi mengatai tak hengat la.. hehe.. tapi tak pe la, bukan apa pon, saja syok-syok.. sekadar hiburan kan.. tapi kalu la dapat Zul Ariffin yang betol, aahhh, seronok.. tak keluar rumah la aku menghadap muka beliau yang handsome :) 

time bosan-bosan macam ni, aku bole pulak edit gambar kami.. tapi takde la macam real sangat kan.. tak reti la nak buang masa belajaq-belajaq edit gambr sampai look exactly amik gambar berdua.. hehe.. cuma hanya mampu wat ini sahaja:



hehe.. sukerr sukerr sukerrr sampai tataw nak habaq cenaaaaa... oh Tuhan, mungkin kah kami ada jodoh???.. haha.. sory yea, ini hanya saja-saja n suka suki.. bukan selalu gedik-gedik macam ni *hanya dalam blog sahaja. padahal selalu sangat mengedik kat villa. :)

Road tax

..assalamualaikum..

road tax.. tahukah anda?? aku baru renew road tax yg sudah lama expired, iaitu pada bulan 6 thn ini.. bawak keta suka hati tataw nak habaq macam mana punya suka, last-last tgok road tax dah expired.. Ya Allah, mujur sangat la tak kena saman.. haisshh.. tu la, orang nak pakai keta, kita pon nak.. bab-bak keta lansgung tataw.. mujur la taw isi minyak, check ayaq cukup ke tak.. haha.. ada la advantage dari sesetengah wanita yang tataw langsung pasal keta kan.. 

hmm, ni road tax yang baru di renew oleh walid. mujur dia hantar tadi sewaktu tengah wat lab..  :) tapi tak sempat nak lunch sekali. takpa-takpa, nanti nadiah balik raya haji kita makan sama-sama okay 


Tuesday, October 25, 2011

Souvenirs from London

..assalamualaikum..

selamat pagi Rabu and happy deepavali, Vannakam amma!!~

pagi ni nak kongsi-kongsi serba sedikit pasal bestie aku yang baru pulang dari London. mereka-mereka ini telah mengharumkan nama USM di London. we are proud of you guys! please do check metro, ada terpampang gambar-gambar mereka ini.. di kesempatan beliau pergi ke London ni, aku pun memesan la barang-barang yang di jual di London. berbekalkan RM200 iaitu 40 pound duit sana, beliau telah membeli segala mcm souvenirs kat sana. bukan setakat untuk kawan-kawan, family sepupu sepapat jugak beliau hadiahkan taw.. ke mana saja dia pergi, tak pernah beliau lupakan kami semua .. sayang sgt kat beliau *farah wahida hairon*

sepanjang berada di London, beliau kerap jugak call teman serumah taw.. bangga tak hengat bila number phone London terpampang di kaca handphone. haha.. untuk pengetahuan semua, group ini telah pulang dengan double gold awrad yang sememangnya hebat dan tiada bandingan. mana taknya, product mereka telah di pertandingkan setaraf dengan product lecturer dari oversea. hebatkan! bangga sangat dengan pencapaian mereka semua.. tahniah lagi sekali.

ini gambar mereka yang telah di curi dari salah seorang peserta: :)




ini pulak gambar-gambar souvenirs dar london. nk highlight wallet River Island tu.. :)
Poskad

Poskad Londan Bridge

River Island

Key chain, magnet and beg syiling 

banyakkan :) tak tidoq malam taw dapat benda ni.. hehe

Thursday, October 20, 2011

bosan membaca

.. assalamualaikum semua ..

Ya Allah, bosannya kawan-kawan serata alam..
kena baca journal banyak sangat.. sampai mata nak terpejam dah ni.. hari pertama dan kedua je rajin, tapi hari seterusnya dah terasa malas.. apa punya bala ni.. tolong bawa pergi jauh2.. bila dah terasa bosan ni, mula la aku nak wat macam-macam. mula hati ni nak ajak kawan-kawan p KEMA (kedai mahasiswa) tapi tak nak la gangu depa pulak.. tak baik kan org buat kerja, kita gangu.. hihi.. jadi terniat di hati nak update blog.

eh eh, entry sebelum ni aku da cerita pasal aku dah bekerja, tapi aku dah berenti dah.. tanggal 29 September 2011 hari tu.. mulanya memang niat di hati nak kerja 6 bulan macam tu, the baru berenti.. tapi tak sempat pulak.. mana tak nya, asek di ugut oleh orang tu!!! tapi tak pe la.. buat master dapat duit jugak, dapat duk rumah sewa bersama kawan-kawan. masa pon banyak free.. tapi yang parah tu, kena baca journal sampai mata lebam la.. :'(

dan aku bertekad mahu menjalankan experiment next week walaupon baca tak abes. HAHA.

di sebabkan aku mencari2 di mana webcam aku dan ahernya tak terjumpa, aku pon dapat la satu idea untuk mengambil gambar di kala bosan.. hehe.. aku skype dengan kawan aku.. then just print screen n crop mana yang tak patut.. jadila gmbar 1.. tapi tak clear la sangat.. cuma nak tnjuk betapa bosan gila dah ni.. haha..



tada!!!! ni la gambarnya.. malu sangat!! tataw nak habaq macam mana.. jadi la untuk masa ni nak hilang kan mengantuk dan bosan.. sekian :)

Wednesday, October 19, 2011

jamuan raya + penutupan majlis orentasi PALAPES USM

.. assalamualaikum semua ..

dengar tajuk pon dah gerun .. maha panjang! haha..

last Tuesday night ada majlis makan2 mlm bersama pegawai kadet.. yang terlibat menjayakan program ini adalah dari dua perkhidmatan iaitu Palapes Darat dan juga Palapes Udara. kenapa takdak Palapes Laut??? mmg setiap tahun mcm tu.. depa terlalu juai mahai nak join kami semua.. tapi takpe, sikit pon tak rugi.. sebab makanan banyak lebih.. HAHA.. lemak pon berlebihan la malam tu kan.. 

kali ni lain dengan sebelomnya sebab wat dekat dewan baru USM, PUMA.. n memang tempatnya cantik tataw nak habaq.. makanan yang di hidangkan tu menarik tapi cuma termasin sikit.. haha.. yang paling sayu di hati, tak dapat cabutan bertuah. sungguh tidak bertuah malam itu.. ;) 

aku ke sana sebagai pegawai muda la kan.. tp pegawai muda yang lama sikit.. malu jugak nak turun pada mulanya.. dah la latihan tak mai.. mai makan jeww.. sabar je la.. n pasti kadet2 yang lain berkata, "puan ni mls nak turun latihan, makan laju pulak" .. haha.. sbb setiap tahun aku kutuk yo aku mcm tu bila time aku kadet.. sekarang terkena batang hidung.. haha.. 




lama gile!

.. assalamualaikum semua..

sudah sekian lama tak update blog.

pasni akan lebih gigih meng-update blog ^^

sekian 

Greetings!

Dear friends, welcome to my page.